hai korang2 semua yang membaca.
semenjak dua menjak aku keje part time dekat pasaraya nih,macam2 pengalaman dah aku dapat.
tapi aku bukan nak share pasal tuh kali ni.
aku nak gtau pulak macamana nak jadi pengguna bijak ketika membeli di pasaraya.
xkesahla mane2 pasaraya pon ok.
check it out!
1. bagi barang makanan/minuman,penting untuk korang semak TARIKH LUPUT.kadang2 pasaraya2 besar pon bukannya aware dengan benda ni.serius.event korang beli whiskas tok kucing korang pon semak la jugak.t gastrik la si belang tuh.ok.
2. simpan RESIT pembelian.even korang beli cadbury black forest harga RM 2.30 pon jangan berlagak sangat buang resit.kenapa?tyme tengah sangap nak makan tiba2 ada ulat pulak celah2 coklat tuh.resit cashier bagi korang xnak ambik.yela.cadbury je pon.jangan kata nak saman, kau nak mintak balik RM 2.30 kau tu pon xkan dapatla kalau RESIT xde.sangat penting.
3. untuk barang eletrik , pastikan korang TEST dulu barang kat kaunter testing.boleh je kalau xnak test coz kita memang boleh exchange barang kalau rosak/xberfungsi (HANYA DENGAN RESIT ASAL) tapi bazir minyak + masa + tenaga la nak datang balik kan?alang2 test je.
4. datang membeli pada MASA yang sesuai kalau tau diri tu jenis x penyabar.slalu pasaraya busy time pukul 12 tengahari - 2 petang , 5petang hingga 7malam , 9 malam hingga tutup.so,watla pilihan bijak.macam PLUS jugak.
5. untuk pengguna kad KREDIT/DEBIT , better korang sediakan cash money bila berbelanja.bukan apa,mesin2 kat pasaraya tu bukanla baru sehari dua berkhidmat.lagipon kadang2 line xberfungsi.so kalau dah total bayaran RM 120.90 pastuh kad kredit tak boleyh gune?cash pulak ada RM 10 je.guane tuh?so,prepare ok.
6. bagi yang mencintai alam sekitar ,aku cadangkan kita ramai2 bawak SHOPPING BAG sendiri.kurang tercemar bumi kita :)
7. kalau harga yang dipamerkan lain, bila scan kat kaunter lain, korang ada hak nak argue.tapi pastikan korang tengok tanda harga yang betulla.coz kadang2 pasaraya x update lagi harga baru kat rak.dalam database je dah update.lagi2 musim barang naik sekarang kan.dalam 3 minggu aku keje,telur sepapan tuh 2 kali naek harga beb!
8. pastikan keadaan barang dalam keadaan ELOK.elakkan membeli barang2 yang hampir rosak seperti tin kemek, gula bocor, plastik pembalut dah terbukak dan lain lain.
9. kebanyakan pasaraya sekarang pakai sistem barkod.mean kat kaunter scan je.so, untuk melancarkan urusan jual beli , pilih barang yang ada barkod.makanan/minuman selalunya dah ada.ni especially untuk barang perkakas macam jarum peniti,bakul pakaian,kuali.kalau xde barkod,xboleh scan.boleh je kalau cashier nak carik,tapi lambat la kan ? so,pilih yang ada barkod.penjual senang,pembeli lagi senang.
10. SEMAK RESIT selepas urusan jual beli selesai.ini untuk mengelakkan terjadinya "double scanning" di mana korang beli seekor je puyu tapi kat resit terpapar korang beli dua.so,korang rugila.bayar 2 tapi dapat 1 je puyu.lagi 1 untuk elak beli barang haram.ni sebaliknya pulak.korang beli 2 bijik telur tapi kat resit 1 je terpapar.1 halal, 1 haram.so,untuk kedua2 kes tuh,jumpa cashier n terangkan balik.ok.
aku rasa setakat ni dulu lah tips yang boleh aku share dengan korang.
segala yang aku taip kat atas nih, semua aku dah alami sepanjang aku keje.
so, memang pengalaman aku sendiri dan bukan copy paste.
jadilah pengguna bijak.
anda mampu mengubahnya :)




No comments:
Post a Comment