Saturday, July 16, 2011

. aplikasi subjek psikologi .

dalam semester dua.
ada satu subjek , INDUSTRIAL PSYCHOLOGY.
dan ada satu topik , LOW OF MOTIVATION IN WORKPLACE.
antara faktor nya adalah :

  •  tiada pendedahan tentang skop kerja
  • pertukaran pelan pemasaran bahagian pengurusan
  • pertukaran bahagian pengurusan
  • tiada insentif tambahan
ok.aku bukan nak ajar korang psikologi.
aku nak cakap yang kat tempat keje aku,aku rasa begitu sekarang.
ada pengurusan baru take over pengurusan lama.
dan pengurusan baru itu akan re-shuffle balik semua sistem lama kat tempat keje aku.
itu part bagus.ada perubahan ke arah kemajuan.
ye,kalau dilihat dari mata pelanggan.

bagi pekerja,semua staf lama xsuke diorang nih.
ari 1st diorang tibe kat tempat keje aku,diorang alih barang tu,alih barang ni.
arah membe aku,arah aku.dengan nada begini.
'hey u,mari sini,angkat ini barang,susun dekat sana kasi cantik'
kalau korang,korang panas tak?
tanpa kenalkan diri.tanpa greet kitorang.
aku da benci dari hari 1st lagi coz prinsip aku "I HATE STRANGERS"

sampai hari ke-4 baru kenalkan diri n cakap diorang ni pengurusan baru.
diorang la manager baru kitorang.
mulela dorang briefing dorang punye vision.
mulela nak xplen tentang prosedur,teamwork la bagai.alahai.
huh.makin cepatla aku hantar surat resign.
sorila brader.wa xsuke orang asing macam lu n anak2 buah lu.

bagi aku la,kalaula aku jadi bos baru,aku akan jumpe dulu dengan semua staf2 lame.
briefing,kenalkan diri,mesra2 dengan diorang,gain their trust n support.
bak kata mantan PM :

bekerja dengan saya, bukan bekerja untuk saya

barula berkesan sesuatu organisasi.
korang semangat ke keje kalau suasana xde gelak2,terlalu formal dan skema??
bagi aku tak.
kalau aku bos,aku nak staf aku keje lam suasana epi,relax.
janji keje diorang buat n setel sudah.that's it.

vision n mission tinggi menggunung tapi kalau inter-personal relationship rendah xde gune jugak.
sebab pekerja kau ni manusia,bukan robot.terima kasih.
macamla dye bace blog aku kan?haha.like i care!


terima kasih buat Encik Wan Khairul Anuar kerana bagi saya A dalam IP.sekarang saya dah tahu aplikasi nya :)

No comments:

Post a Comment