Thursday, August 9, 2012

#syukuri nikmat yang ada

salam sejahtera.

hari tu aku kerja macam biasa.macam hari ni jugak.
then datang sorang budak dalam darjah 3-4 kot.
agakan aku dari tinggi,rupa dan gaya.
dia amek menu,belek2 menu.the dia tanya kat aku.
"abang,ayam seketul berapa?"
aku jawab, "ayam seketul tak jual dik.minimum dua ketul"
dia tanya balik "kalau dua ketul berapa ringgit?"
aku jawab "RM 6 ringgit lebih"
then dia seluk poket dia,dia keluarkan semua duit yang ada.
beberapa not seringgit yang berlipat dan beberapa keping syiling.
satu-satu dia buka lipatan not seringgit depan aku.
dan kira satu-persatu syiling yang ada.
setelah dikira,dia hanya ada RM 5.20.
tak cukup.dia berlalu pergi.
"tak apelah abang" sambil tersenyum dan pergi.

saat kesian bila dia kira satu-satu duit.
aku beragak dia dah simpan duit lama tu.
simpan duit belanja sekolah nak makan KFC.
tapi berapa ramai antara kita yang macam ni?
mungkin kita hari2 makan KFC.tanpa perlu menyimpan duit lama-lama.
itupon masih merungut.tak cukupla.
bila makan,makan pon xhabis.dibuang begitu sahaja.

namun pernahkah kita terfikir,ada insan di luar sana yang kurang bertuah seperti kita?
ada antara mereka tak mampu untuk membeli seketul ayam pon.
tapi kita?
syukurilah nikmat yang ada.bantulah mereka yang kekurangan.
salam ramadhan :)

2 comments: